Saturday, January 24, 2015

Kebebasan luar biasa 2

Pernah tak anda terfikir untuk pencen awal? Pernah terasa begitu penat bekerja dan begitu berat untuk ke pejabat? Pernah rasa terbeban untuk tinggalkan anak yang sedang sakit tetapi tak dapat ambil cuti sebab cuti dah habis? Kalau belum habis pun nanti Bos bising, mulalah kena hadap sindiran orang. Pernah rasa? Ya saya pun pernah rasa dan apa boleh kita buat? Kena hadap sebab nak hidup, nak kena bayar hutang nak kena bagi anak makan.

Tahu tak, kita boleh keluar dari bebanan ni? Tahu tak, bukan sahaja bebanan, kita diberi peluang untuk tak bekerja tapi masih dapat income. Bukan income biasa-biasa, income yang lumayan. Lagi diberi peluang melancong free taraf vvip. Saya honestly tak pandang sangat bahagian melancong tu. Tapi yang saya pandang adalah peluang duduk rumah dan jaga anak-anak sendiri. Duduk dengan mereka ajar melukis, bawa ke taman main basikal, bawa ke kelas swimming dan kelas musik. Sambil tu saya boleh pergi shopping. Tak risau duit habis. Macam angan-angan Mat Jenin. Ya, kalau saya belum pernah dengar perniagaan ni saya pun akan kata ni semua tipu belaka.

Tahu tak anda, barang-barang harian yang anda beli di Tesco, Mydin, Jusco, Family Store tu semua ada keuntungan yang berlipat kali ganda? Yang semuanya dikaup oleh penjual, pemborong dan pengeluar. Nak tak nak kena beli jugak. Tak nak beli syampu? Tak nak beli sabun mandi? Tak nak beli ubat gigi? Biar betul? Nak tak nak kena beli juga. Cuba anda bayangkan, kalau anda ada kedai sendiri. Andalah pengeluar, andalah penjual dan andalah pembeli. Anda rasa keuntungan tu anda dapat tak? Cuba bayangkan, anda beli barang keperluan harian anda, anda dapat duit. Tahukah anda, ada perniagaan seperti ini? Di mana hanya dengan bertukar kuasa pembeli anda boleh menikmati kehidupan yang lebih baik?
Konsep perniagaan ini adalah konsep sharing. Saya ajak anda, anda ajak rakan-rakan dan saudara mara. Semakin hari semakin ramai yang anda ajak. Multilevel marketing? Ya mmg MLM. So anda berhenti membaca? So anda mula mahu mengutuk? Jika ya, silakan. Saya tak heran. Dulu saya macam anda. Macam tahu sangat tapi sebenarnya langsung tak tahu apa-apa, akhirnya rugi sendiri. Sama seperti kita meraba dalam poket, ya ada duit seratus ringgit. Kalau saya tutup duit tu, saya tanya apa gambar kat duit tu, anda boleh jawab? Kalau boleh, cuba duit rm5? Rm10? Boleh jugak? Anda kerja bank ke?
Apa yang saya nak nyatakan, beri peluang kepada saya untuk terangkan. Seperti yang saya katakan tadi, keuntungan banyak memihak kepada pengeluar, pemborong dan peruncit. Tapi tak pernah kepada pembeli. Tapi sekarang ada perniagaan yang keuntungannya diberi kepada pembeli. Dengan syarat pembeli ni share ramai-ramai untuk minta saudara-mara dan sahabat handai tukar jenama, tukar kedai, tukar minda. Bila dah capai satu kuota, pembeli ni dapat bonus. Lagi ramai dalam kumpulan dia lagi banyak sehingga boleh mencecah income puluhan ribu.
Teruskan membaca...
Tapi...macam upline makan downline je. Wahai pembaca, tahukah anda, jika saya mahu berjaya saya mesti pastikan rakan-rakan saya berjaya juga? Jika dia tidak pandai meyakinkan orang lain saya perlu bantu dia dengan meneman atau mengajar dan melatih dia sehingga boleh. Business ni bukan 'one man's show'. Ini adalah perniagaan berasaskan kepimpinan. Yang penting, anda tidak menguntungkan orang lain. Tetapi diri anda sendiri.
Kalau anda ingin dapatkan kebebasan mutlak dari segi masa, Wang dan tenaga. Hubungi saya. Anda tolak anda rugi. Jika anda dalam kesusahan sekarang, apa salahnya mencuba dari terus berada dalam lubang kegelapan anda, ke kiri sempit ke kanan terhantuk. Saya berani mempunyai impian semula kerana perniagaan ini. Marilah, saya betul-betul ikhlas ingin mengajar anda cara keluar dari kepayahan anda itu.
0176650422 Adawiah.

Kebebasan luarbiasa.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Saya sekarang ni sedang melalui waktu getir dlm kehidupan saya. Banyak yang saya tak dapat luahkan kepayahan saya sekarang. Badan memang sedang menjerit lenguh-lenguh. Mana taknya, saya kerja sahaja tujuh hari seminggu. Kerja hakiki di KYSM dan perniagaan saya di tempat tuisyen. Kadang tu pergi kerja pagi pukul 7, balik dah petang pukul 7 kemudian kelas malam pula. Semuanya untuk cari sumber rezeki yang halal.

Memang dah ditakdirkan untuk saya menjadi 'bread winner'. Suami pula sampai sekarang masih belum rezeki dia untuk mampu tanggung keluarga. Saya memang berterus terang kat sini sebab saya rasa dia akan capai impian kami satu hari nanti sebab dia masih gigih usaha walaupun hasilnya masih jauh dari mencukupi. Susah dia saya nampak. Kecewa dia pun saya nampak. Kadang bila saya salah kan dia sebab tak sabarnya saya, dia masih boleh redakan saya dan minta saya untuk terus bersabar.

Kalau ikut kan saya dah putus asa. Dia pun putus asa. Saya ada berdoa kepada Allah untuk keluarkan kami dari bebanan ini. Dan sekarang ni saya yakin, Allah dah sambut permintaan saya. Dia temukan suami dengan satu peluang yang tiada tolok bandingnya. Perkara ni saya dah pernah dengar tapi tak pernah tahu. Ianya sama seperti kita mencari barang dalam gambar yang tersembunyi. Bendanya ada depan mata, tapi kita tak nampak.

Sekarang saya dah nampak. Suami yang buat saya nampak. Sebab masa dia mula-mula cerita kan pada saya peluang berniaga ni saya marah dia dan kata macam-macam. Tapi saya bersabar dan fikir positive. Masa ni lah saya teringatkan doa saya pada Allah. Sy rasa Dia sedang berikan jawapan kepada rintihan saya.

Sekarang ni, walaupun belum lagi capai kejayaan yg saya impikan. Sekurang-kurangnya saya kembali berani berimpian besar. Berani mempunyai cita-cita. Saya seperti dari berada dalam gua yang gelap tiada jalan keluar, dan dalam keadaan cemas setiap masa diberi satu pintu yang sangat terang. Walaupun masih jauh, tapi saya nampak jalan keluar tu.

Syukur dan syukur. Sekurang-kurangnya saya kembali berani mempunyai impian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...