Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Saya sekarang ni sedang melalui waktu getir dlm kehidupan saya. Banyak yang saya tak dapat luahkan kepayahan saya sekarang. Badan memang sedang menjerit lenguh-lenguh. Mana taknya, saya kerja sahaja tujuh hari seminggu. Kerja hakiki di KYSM dan perniagaan saya di tempat tuisyen. Kadang tu pergi kerja pagi pukul 7, balik dah petang pukul 7 kemudian kelas malam pula. Semuanya untuk cari sumber rezeki yang halal.
Memang dah ditakdirkan untuk saya menjadi 'bread winner'. Suami pula sampai sekarang masih belum rezeki dia untuk mampu tanggung keluarga. Saya memang berterus terang kat sini sebab saya rasa dia akan capai impian kami satu hari nanti sebab dia masih gigih usaha walaupun hasilnya masih jauh dari mencukupi. Susah dia saya nampak. Kecewa dia pun saya nampak. Kadang bila saya salah kan dia sebab tak sabarnya saya, dia masih boleh redakan saya dan minta saya untuk terus bersabar.
Kalau ikut kan saya dah putus asa. Dia pun putus asa. Saya ada berdoa kepada Allah untuk keluarkan kami dari bebanan ini. Dan sekarang ni saya yakin, Allah dah sambut permintaan saya. Dia temukan suami dengan satu peluang yang tiada tolok bandingnya. Perkara ni saya dah pernah dengar tapi tak pernah tahu. Ianya sama seperti kita mencari barang dalam gambar yang tersembunyi. Bendanya ada depan mata, tapi kita tak nampak.
Sekarang saya dah nampak. Suami yang buat saya nampak. Sebab masa dia mula-mula cerita kan pada saya peluang berniaga ni saya marah dia dan kata macam-macam. Tapi saya bersabar dan fikir positive. Masa ni lah saya teringatkan doa saya pada Allah. Sy rasa Dia sedang berikan jawapan kepada rintihan saya.
Sekarang ni, walaupun belum lagi capai kejayaan yg saya impikan. Sekurang-kurangnya saya kembali berani berimpian besar. Berani mempunyai cita-cita. Saya seperti dari berada dalam gua yang gelap tiada jalan keluar, dan dalam keadaan cemas setiap masa diberi satu pintu yang sangat terang. Walaupun masih jauh, tapi saya nampak jalan keluar tu.
Syukur dan syukur. Sekurang-kurangnya saya kembali berani mempunyai impian.