Sunday, November 30, 2014

Signboard is up!

Alhamdulillah! Setelah pelbagai rintangan dan macam-macam isu yang dihadapi dapat juga saya naikkan signboard di pusat tuisyen. Gayanya simple sahaja. Tapi yang penting naik sikit seri pusat tuisyen.


Masa belum ada signboard orang siap fikir saya dah tutup! Huhuhu, Kak saya masih beroperasi macam biasa. 2pm - 10pm. Sekarang ni siap macam-macam program saya nak jalankan.
Untuk bulan Disember 2014 ni saya buat kelas komunikatif Bahasa Inggeris. Ni aje lah masa yang saya lapang. Masa cuti sekolah. Waktu-waktu biasa dah sibuk dengan kerja hakiki sebagai guru di Kolej Yayasan Saad Melaka. Program komunikatif ni saya buka untuk dewasa, pelajar sekolah menengah dan rendah. Jika berjaya saya akan buat kelas setiap Disember.
Untuk tahun 2015 ada beberapa perancangan baru. Kelas agama UPKK dan MUET. Ni masih dalam progress bagi mendapat modul dan management yang lebih mantap. Memang bulan 12 ni nak pulun habisan di pusat tuisyen.
Penat? Ya penat. Tapi seronok bila saya berjaya lakukannya. InsyaAllah boleh berjaya. Come on girl! You can do it!

Angan-angan mesti jadikan kenyataan.

Post kali ni memang saya nak berangan. Bukan angan-angan Mat Jenin. Tapi harapnya semua angan-angan ni boleh jadi kenyataan.

Abah saya pernah pesan kalau kita nak kereta mewah kena bayangkan kereta mewah tu setiap malam. Malah, The Secret: Law of Attraction pun menyatakan lagi banyak kita fikirkan terhadap perkara yang kita nak, lagi kuat tarikan terhadap perkara tu.

Saya setuju dengan bermimpikan apa yang kita nak. Takpe, mimpikan aje Porche tu walaupun sekarang baru pakai Gen2. Tak kena bayar pun. Secara psikologi bila kita selalu bayangkan apa yang kita nak, unconsciously kita akan rancang cara nak dapatkannya. Dan secara langsung badan dan otak akan ambil keputusan ke arah apa yang kita nak.

Meh share apa yang korang nak. Saya nak rumah besar. Luas, selesa dan mewah. Nak design macam kat hotel tu. Lampu down light segala macam. Luas. Mesti ada mini surau untuk tetamu sembahyang. Plan nak ada ramai tetamu ni. Mesti ada playroom. Mesti ada studyroom. Hah, ni dah ada gambar pun. Siap kau. Memang saya pandang gambar-gambar ni sebelum tidur macam pandangkan gambar boifren gitu.






Saturday, November 29, 2014

Pengawalan kolesterol, lemak dan kegemukan.

Ramai yang bertanyakan saya bagaimana saya mengawal figure. Mesti Korang lepas ni akan cari gambar saya. Ye betul tidak minah ni. So sad to say saya suka bergambar tapi malas nak bergambar (does that make sense???). Just untuk panduan, selepas anak pertama, berat badan naik sehingga 58kg sebab selera makan mencanak-canak naik apabila menyusukan badan. Selepas anak kedua, sebab saya amalkan makan lecithin dan vitamin E makan banyak pun rasa okay lagi and betis ni masih betis saya bukan betis badak.
Lecithin ni adalah komponen utama untuk semua jenis sel. Bagi yang masih ingat membran sel (dalam kelas sains zaman dulu-dulu kala - harap korang tak ponteng hari cikgu ajar tu). Kegunaan dia ada banyak tapi yang paling saya suka sebab ni je yang saya kisahkan ialah kegunaannya meningkatkan metabolisme pemecahan kolesterol dan mengawal lemak. Sangat berguna untuk orang yang mempunyai kolesterol tinggi dan yang dah kena stroke sememangnya kena makan forever.
Lagi satu. Korang pernah dengar dementia? Dementia tu sakit otak ialah penyakit neurologi. Lechitin ni adalah komponen utama dalam otak. So, dia menyebabkan sel-sel otak saling berhubung sistem saraf kita sihat dan tingkatkan memori. Elok ni untuk pelajar nak ambil exam, boleh study long hours and ingat berbuku-buku.



Vitamin E pulak ada banyak sangat kebaikan dia kalau saya nak tulis semua ambil masa sampai tertido, Korang baca pun tido jugak. Antara kebaikan yang sesuai dengan tajuk saya ni ialah dia elak dari pengerasan arteri oleh plak kolesterol dan...dan ni paling best, ia digunakan sebagai anti penuaan juga sebagai anti-oksidan.



Hasilnya? Ohohoho
Lemak melembik, berat badan terkawal, luka-luka mudah baik (sebab lecithin E tingkatkan pembentukan sel baru). Muka gebu mulus. Yang ada jerawat tu, nanti nampak semakin kurang. Lagi-lagi kalau makan vitamin c sekali. Yang ada jeragat tu, heh sebulan je dah hampir tak ada melainkan korang mengetil-ngetil muka tu guna jari yang patut kena kerat.
So, meh lah makan lecithin E ni ramai-ramai. Mana nak cari? Produk paling tiptop ialah nutrilite dari Amway. RM85  je untuk 150 tablet. Tahan 3 bulan.
Kalau nak bagitahu saya boleh poskan. Kalau dah cuba dan nak rekemen serta jual kat kengkawan mesej saya untuk special price. Memang tengah cari dropshipment ni.
0176650422 mesej sahaja. Sebab kadang-kadang anak tengah tido.

My first Amway achievement

Alhamdulillah.
Hari ini saya travel ke Klang jumpa my twin sister untuk membawa dia ke dalam dunia Amway.
Of course being a business minded like she is, dia menerima baik dan dah pre-plan cara-cara nak kembangan kaki-kakinya lagi.
Isu sekarang yang menyebabkan Amway kurang mendapat perhatian ialah sebabnya konsep niaga MLM dah dikotori oleh MLM tempatan macam hidup segan mati tidak mahu. Kalau cakap MLM sahaja mesti produk tidak berapa qualiti. Paket cantik isi hampeh. Yang tidak best tu, nak join kena beli barang sampai ribu raban siap kena buat loan. Dah keluar gibu-gibu boleh pulak kedai tutup.
Tapi saya yakin dengan Amway, ianya bisnes yang boleh berjaya. Dah ramai dah berjaya dan ianya dah kekal di Malaysia dari tahun 70an. Di dunia? Sejak WWII (World War II) lagi. Satu-satunya syarikat MLM yang dapat lesen 10 tahun, tak macam yang lain-lain; hanya 3 tahun sahaja kena renew.
InsyaAllah demi mendapat kebebasan kewangan, kebebasan masa dan hasil pulangan yang diwarisi dengan mengamalkan tradisi makanan yang sihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...