Sunday, November 30, 2014

Signboard is up!

Alhamdulillah! Setelah pelbagai rintangan dan macam-macam isu yang dihadapi dapat juga saya naikkan signboard di pusat tuisyen. Gayanya simple sahaja. Tapi yang penting naik sikit seri pusat tuisyen.


Masa belum ada signboard orang siap fikir saya dah tutup! Huhuhu, Kak saya masih beroperasi macam biasa. 2pm - 10pm. Sekarang ni siap macam-macam program saya nak jalankan.
Untuk bulan Disember 2014 ni saya buat kelas komunikatif Bahasa Inggeris. Ni aje lah masa yang saya lapang. Masa cuti sekolah. Waktu-waktu biasa dah sibuk dengan kerja hakiki sebagai guru di Kolej Yayasan Saad Melaka. Program komunikatif ni saya buka untuk dewasa, pelajar sekolah menengah dan rendah. Jika berjaya saya akan buat kelas setiap Disember.
Untuk tahun 2015 ada beberapa perancangan baru. Kelas agama UPKK dan MUET. Ni masih dalam progress bagi mendapat modul dan management yang lebih mantap. Memang bulan 12 ni nak pulun habisan di pusat tuisyen.
Penat? Ya penat. Tapi seronok bila saya berjaya lakukannya. InsyaAllah boleh berjaya. Come on girl! You can do it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...