Assalamualaikum. Topik hari ini saya nak ketengahkan sebab saya nampak pelbagai kebaikan apabila seorang isteri atau seorang ibu berusaha untuk masak. Saya juga tidak limitkan usaha ni kepada kaum wanita sahaja. Saya juga galakkan kepada kaum lelaki untuk turut sama berusaha. Kebanyakan kita sekarang sebab terlalu sibuk kita tak dapat nak masak di rumah untuk keluarga. Nak harap masak hujung minggu pun tak kesampaian sebab bila tak biasa, perkara sekompleks seperti memasak jadi terlalu rumit. Lagi-lagi dengan fridge yang penuh dengan barang-barang busuk yang dah tersimpan lama tak sempat nak jenguk.
Topik memasak ni bagi saya agak sensitif. Iyelah, saya ni dibesarkan dalam keluarga yang biasanya maid yang masak. Then biar saya terus terang, antara perkara yang ayah saya salahkan mak saya apabila mereka bercerai adalah kerana mak saya tidak memasak di rumah. Seingat saya apabila mak saya masak satu-satu lauk tu, biasanya mesti sedap, tapi ayah saya pulak jenis yang pandai komplen tapi tak pandai puji. Walaubagaimanapun, setiap jodoh tu di tangan Allah dan saya yakin setiap yang berlaku adalah cabaran bagi hamba yang Allah sayang.
Bila isu memasak ni timbul, mulalah saya kembali kepada Al-Quran dan Hadis dan pelbagai info yang berkaitan. Apa yang saya pelajari ialah, isteri hanya wajib layan suami, jaga maruah suami dan ikut cakap suami. Kalau isteri tak nak buat, suami tak boleh paksa. Perkara ni termasuk isu memasak ni. Tanggungjawab suami bagi isteri makan sampai selagi makanan tak sampai dalam mulut isteri, tanggungjawab suami tak selesai lagi. Nasihat ni saya ingat dari pesanan ustaz saya semasa sekolah menengah. Boleh baca di sini dengan lebih lanjut: http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-499030.html
Anyhow, bila saya dapat maklumat ni, saya nampak di mana silapnya dalam rumahtangga ibu bapa saya. Perkara ni membuatkan saya lebih demanding dan dah siap bagitau awal-awal kepada bakal suami perkara-perkara yang dia tak boleh paksa saya buat. Selama 3 tahun berkahwin, boleh dikira dengan jari tangan dan kaki berapa kali saya masak. Kalau ada semangat nak masak saya beli lauk sampai boleh tahan seminggu, kemudian habis terbuang aje. Ikan siakap sampai busuk dalam deep freezer. Deep freezer tu, boleh bayangkan berapa lama dibiarkan sampai busuk dalam keadaan sejuk membeku tu?
Baru-baru ni, saya dah merasakan masakan di kedai sangat tidak sedap. Jemu sehinggakan kalau difikirkan akan rasa loya nak muntah. Bila tiba menu malam semua yang bergoreng di kedai tomyam atau mamak. Nak makan lauk mahal sampai puluhan ringgit. Nak rasa lain sikit, order pizza atau western kos terlalu tinggi dan masa untuk ulang-alik ke kedai dengan anak kecil rasa renyah. Yang paling tak best ialah anak sulung kami, kurus dan tak nak makan. Makan banyak kalau pasta atau sup yang seiring dengannya. So, anak setiap bulan sakit dan muntah bila batuk...sangat tidak sihat.
Disebabkan pelbagai faktor, saya mula memasak. Mula-mula tu, memang tak perfect, tapi rasa dia...Ya Allah, nikmatnya. Buat spaghetti je pun. Anak makan bermangkuk-mangkuk, suami kata sedap. Next cuba lauk-lauk bersantan, lauk kampung, lauk western dan macam-macam. Makin lama makin sedap. Suami pulak bila tak sedap dia pandai tegur elok-elok, "aling, abang rasalah, kalau tak campurkan biji limau tu masa steam ikan ni, mesti tak pahit". Kami sama-sama belajar rasa-rasa yang kami suka. Kadang bila sedap, "sedapnya, macam makan kat hotel". Kembang kempis haku tau.
Bila dah masak hari-hari, walaupun penat balik kerja, kadang tu rasa tak laratnya, saya tetap masak sebab memang dah tak boleh nak telan masakan kedai. Bila betul-betul kesuntukan masa baru saya opt untuk beli. Semakin hari semakin rasa simple dan semakin mengambil masa yang sangat sekejap untuk masak. Dulu perlu 2 jam, then turun sejam setengah. Sekarang sejam pun dah memadai kalau bahan semua belum siang. Kadang setengah jam pun dah ready. Makan yang simple-simple je pun. Asalkan kat rumah.
Satu hari tu berbual pula dengan seorang kawan yang dah berumur dan pangkat mak lah jugak. Kadang-kadang tu cerita masalah pada dia. Dia pandai mendengar. Dia berpesan, bila masak tu bacalah ayat-ayat Al-Quran, selawat, dan doa-doa dan hembuskan pada nasi dan lauk. Dia ajarkan sekali doa kasih sayang keluarga dan lembut hati yang biasanya saya amalkan selepas solat. Sejak dari nasihat dia saya amalkan. Alhamdulillah, suami lebih lembut hati, anak lebih dengar kata dan jika ada berlaku perselisihan faham, perkara tu tak menjadi-jadi dan masing-masing lebih sabar. Kerana doa kasih sayang keluarga tu adalah permohonan kepada Allah untuk menjadikan pasangan lebih bersabar dengan gandingannya. Di kedai, boleh dapat ke ni? Confirm tak dapat.
Back to the story, kepada kaum wanita di luar sana, nak memasak memang bukan mudah. Tapi ianya boleh jadi mudah kalau kita istiqamah. Banyak kelebihannya untuk keluarga, untuk suami untuk anak-anak. Entry seterusnya saya akan berikan lebih banyak tips dan kebaikan apabila kita memasak sendiri. Infact utensils yang boleh memudahkan anda memasak.
Doa-doa yang elok dibaca apabila memasak
Tips untuk mula memasak
Tips untuk membeli barang dapur basah dan kering
Tips untuk mudah memasak