Sunday, December 21, 2014

What you give you will get back

Wah, topik hari ni mcm retribution pulak. No no, topik ni saya nak ketengahkan cara macam mana nak dapatkan apa yang kita mahu. Sebab kita kena ikut hukum what you give you will get back atau what goes around comes around.

Antara perkara wajib yang Allah ingatkan kita adalah untuk mengeluarkan zakat; yang bertujuan untuk mensucikan harta. Apart from that, kalau kita beri lebih banyak dengan bentuk kewangan, tenaga, idea, perhatian; semua tu akan kita dapat semula. Pernahkan dengar, kalau kita mudahkan kerja orang, kerja kita pun akan dipermudahkan oleh Allah.

Bagi anyone yang kat luar sana yang rasa tak disayangi; tak kisahlah sebab putus cinta ke, atau pasangan curang ke, or even mak ayah bercerai. Biasanya situasi macam ni memang akan buat kita rasa tersiksa dan secara psikologi kita akan cari orang yang boleh berikan kita kasih sayang dan perhatian. Sesiapa aje, dan korang tahukan, memang sangat mudah untuk orang yang berniat jahat untuk take advantage of our vulnerability. Thus, wujudnya hubungan-hubungan luar batasan. Kalau masih budak dan mak ayahnya bercerai, dia akan buat perkara-perkara yang boleh dapatkan perhatian dan yang boleh menzahirkan rasa marah dia. 

So, cara nak atasi perkara ni adalah dengan menyayangi makhluk Allah yang lain. Lebih banyak kasih sayang kita curahkan, lebih tinggi rasa kita disayangi. But bear in mind, tak perlu kita sayang terhadap hubungan yang haram. Kan sekarang banyak aktiviti volunteer. Join sekali, mesti korang akan rasa kebahagiaan yang sukar nak dilafazkan. Tak kisahlah aktiviti apa pun, beri orang homeless makan, kutip sampah kat pantai or kumpul barang-barang terpakai dan join #freemarket. 

Banyakkan aktiviti macam ni akan buat kita sedar betapa untungnya kita. Ya ya, mesti korang dah banyak baca tentang kita kena bersyukur. Tapi macam mana nak bersyukur? Selain kita ucapkan Alhamdulillah, kita carilah orang yang perlukan kita. Bila anda dapat rasa diperlukan, you will feel alive!

Berbalik kepada topik kita. Kesimpulannya, kalau nak banyak harta, sedekahkan harta. Kalau nak disayangi, kita sayang makhluk Allah yang lain, kalau nak banyak ilmu, beri ilmu. Saya pun ingin ingatkan diri sendiri selain mengingatkan public.

Ni adalah himpunan hadis dan ayat al-quran yang menyatakan perkara yang saya cakapkan ni. Enjoy. 
http://www.kontaktuhan.org/vegetarian/vegetarian_09_parasuci.htm







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...